crew event akan bergerak ke perak untuk program hari tebuka pjk a.k.a pusat jalur lebar komuniti. program yang bermula dari perak ini akan berakhir di sabah. aku and the gang akan berkampung di sana untuk beberapa hari. destinasi pertama pjk Grik dan pjk Lenggong. pelbagai aktiviti telah dirancang untuk program sehari bersama pjk. cerita akan bersambung....
November 29, 2010
HT pjk 2010
November 8, 2010
PTPTN - Proses Penawaran Ujrah
PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Kemaskini maklumat ujrah di website PTPTN.
sumber : ptptn
October 29, 2010
Share Laman Photoshop
senarai laman web dari majalah PC #167
October 28, 2010
Kemalangan Kecil
Macam hari-hari biasa laluan LDP tu sentiasa sibuk.. hari ni berlaku kemalangan kecil dan kemalangan motor kali ke-2 dan ke-3 kesemuanya yang aku pernah alami.. tak berapa serius tapi ada jgk luka2 kecil kat kaki nie.. nak diceritakan berlaku di puchong 2 buah motorsikal di depan aku tetiba brek dan mereka terjatuh.. aku yg dibelakang nak mengelak dari merempuh mereka mengelak ke kiri jalan dan melanggar belakang kereta proton wira nasib baik tak teruk.. lagipun jalan tu selekoh ada 5, 6 buah jugak motor yg jatuh...termasuklah aku.. side mirror patah.. mud guards depan pecah.. habis motor abang aku... huhu.. dah la semalam baru jer tukar tayar belakang.. hari ni nampaknya kena tukar mud guards dgn cermin sisi skali huhu.. kaki dah sakit confirm malam ni lagi sakit.. sape boleh urut.. tolonggggg......
October 27, 2010
Pensijilan Kemahiran Melalui PPT
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon-calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
Tujuan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah untuk mengiktiraf keterampilan yang sediada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Penyata Pencapaian (PC).
Prinsip Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
- Kaedah menilai keterampilan semasa berdasarkan pencapaian terdahulu.
- Calon tidak perlu mengikuti latihan dan menduduki ujian khas.
- Bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi diperlukan untuk dinilai sebelum pengiktirafan diberi.
Kelebihan PPT kepada individu
- Dapat pengiktirafan
- SKM/DKM/DLKM/PC diperolehi dalam masa yang singkat
- Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
- Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
- Jimatkan tenaga dan masa (tidak perlu melalui latihan & ujian)
Kelebihan PPT kepada majikan
- Pekerja bermotivasi tinggi dapat tingkatkan produktiviti kerjaya
- Pekerja berketerampilan dapat meningkatkan kualiti
sumber :
1. JPK
2. Persijilan PPT
October 26, 2010
CSM-ACE 2010
lawatan ke 'Cyber Security Malaysia - Awards, Conference, Exhibition' di KLCC bersama en. faidzal, en. fauzi, en. farizam, bersama-sama anak buah lebih kurang 36 orang. aktiviti yang tak seberapa dan boleh dikatakan memenatkan kaki.. pusing satu exhibition hall.. macam-macam company ada.. antara yg big company termasuklah microsoft, dan sama waktu dgnya.... rezeki en. farizam dapat antivirus PANDA 2011.. cabutan nombor genap.. :) aku pun dapat juga yg free nyer tapi kena download la PANDA free hehehe.. habis melenguhkan kaki kita orang dapat kupon free makan tengahari.. lepas makan balik la... chow...
October 22, 2010
Bengkel Papan Cerita Digital
Hari ni & esok ada Digital Storytelling Workshop, DST ni dikendalikan oleh MDEC anjuran TM.. aku sama-sama dgn anak buah join.. belajar apa-apa yang patut.. mengisi tempat-tempat kosong yang ada dalam kepala otak ni.. dah lama x refresh kepala otak ni dgn ilmu-ilmu storytelling ni.. hari ni dptla aku igt kembali ilmu yg pernah aku belajar dulu.. Now, we all need to create storyboard for our workshop.. help me, idea plz.. :D
October 21, 2010
Muka Baru....
setelah berhari-hari duk cari template tuk blog nie.. inilah hasilnya.. dalam usaha nak ubah apa-apa yang patut.. harap sesiapa yang duk terjah blog nie harap dapat bagi komen dan pandangan korang.. sekadar mencari kepuasan dan menambah kenalan maya..
"lahir kita hanya satu kali,
hidup kita hanya satu kali,
mati kita hanya satu kali,
peluang keemasan hanya satu kali,
jadi carilah keredhaan yang SATU yang memberikan kita satu kali"
perjalanan itu indah dimana pilihan terletak ditangan anda.. bak kata kawan saya hidup ini hasil daripada 1 + 0 = 01, 11, 101..
October 14, 2010
Proton Inspira now officially open for bookings!
Proton has unveiled that Proton Inspira will be the official name for its Proton Waja replacement model, which has until now been only referred to by its internal codename, the Proton P3-90A.
The Proton Inspira is developed from a Mitsubishi Lancer with the choice of a Mitsubishi’s 4B10 1.8 liter engine with a 5-speed manual, a Mitsubishi 4B10 1.8 liter engine with a 6-speed virtual ratio CVT gearbox, or a top of the range 2.0 liter 4B11 engine with the same CVT transmission with added steering column paddle shifters.
At launch, the Inspira will have about 26% local content at launch, with the aim of raising it to 40% within the next few months and straight up to 65% within a year from the launch date once the local vendors have been fully prepped. It is built at Proton’s MVF plant.
Available in red, white, black or silver, the new Proton Inspira is now open for booking at any Proton dealer with a deposit of RM1,000. As an appreciation to early birds, Proton will be offering a 2 year (50,000km) free service package worth RM1,658 including parts and labor to those who take delivery of their brand new Proton Inspira for bookings made by the 15th of November 2010 that are delivered before the 31st of December 2010.
The tentative pricing starts from RM79,888 OTR for the 1.8 manual up to not more than RM95k for the top of the line. The 1.8 CVT will be somewhere in the middle. The official pricing will be unveiled at the official launch by the 10th of November 2010.
The photos above and after the jump provided by Proton is the only thing we can show you for now as there is an embargo that we must respect and official images will only be provided closer to the launch date in early November 2010.
credit : by email
September 29, 2010
Advanced SystemCare
It heals and speeds up my PC in just 1 click, so that I do not have to re-install my Windows or purchase a new computer. It is the simplest way to protect, clean, repair, and optimize my PC. I also find that it can scan and fix what other tools miss. I really like it and best of all, it is completely free. They do not insert adware to your PC and they do not spy on you. Advanced SystemCare has received very positive reviews from publications such as Forbes, CNET and PC Magazine. It will keep your PC error-free and running smoother than ever. You can download it for free at
September 3, 2010
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
credit by : emel
January 22, 2010
Keluasan Neraka Yang Amat Dahsyat - Kisah Kasih Rasul Agung Pada Umatnya
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..
credit by : emel