January 19, 2008

Peringatan bagi mereka yang lalai (termasuk aku)

11:12 PM Posted by: are.chix 0 comments

sesungguhnya Tuhan telah memberikan kamu nikmat (rezeki) yang melimpah-limpah.. tidakkah kamu mensyukuri nikmat yang telah Tuhan kurniakan. Tuhan tidak meminta rezeki dari kamu bahkan Dialah pemberi rezeki. peliharakanlah dirimu dari azab seksa-Nya. peliharalah 5 perkara:-

1- Agama
2- Akal
3- Solat
4- Keturunan
5- Harta & Maruah

"sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu"

January 18, 2008

Proton Saga Baru

11:07 PM Posted by: are.chix 0 comments

proton saga baru dirasmikan oleh YAB PM hari jumaat.. aku tgk comey la gak.. ape yg diorag war-warkan cam best jer.. kerete generasi ke 17 proton huhu.. not bad.. ape pun cayok proton..

Berpesan-pesan

7:21 PM Posted by: are.chix 0 comments

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis , maka baginda pun berkata , "Wahai orang muda , kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu , "Ya Rasulullah S.A.W , ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu , maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W , "Ya Rasulullah S.A.W , kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan , maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu , "Wahai orang muda , apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu , "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda , "Wahai para sahabatku , lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya , tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu , mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu , maka berkata ular tersebut ,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah , mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya , "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular , "Dia telah melakukan tiga kesalahan , di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan , dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

January 14, 2008

Tiada Alasan Untuk Berkata Tidak

11:30 PM Posted by: are.chix 0 comments

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

i got this from my pren..

Public Mutual & Unit Trust

7:15 PM Posted by: are.chix 0 comments

hari ni aku duk dengar sorang konsultan Public Mutual bagi briefing pasal unit amanah. so interesting gak. yang best kalau bleh jadi konsultan.. huhu.. banyak kelebihan yang boleh dapat.. sblm ni aku pernah jugak tolong kawan aku untuk jual insurans.. tapi sekejap je la sebab x pegi ambik exam huhu.. sebab tu aku benti.. :D.. ni peluang untuk aku majukan lagi side income aku dengan unit amanah nie.. harap-harap menjadilah. Aminn.. apapun dalam dunia biznes modal perlu ada sket.. sebelum recruitment sebagai perunding pe2hal aku kena dlu p exam..

January 13, 2008

Semalam, Hari Ini dan Esok

11:42 PM Posted by: are.chix 0 comments

erm kalu diperhatikan semalam tu memang dah berlalu.. arini ni pun tengah berlalu.. esok tak pasti lagi.. entah hidup entah tiada.. gunakanlah kesempatan hari ini dan hari esok utk membaiki kelemahan semalam.. alhamdulillah Tuhan masih sayangkan aku.. thank you Allah.. ada 3 persoalan bagi mereka yang masih hidup di alam ini.. where r u come from? why r u still alive? and where r u after this?... dari mana kita datang di situlah kita akan kembali.. apakah tujuan kita hidup dan dijadikan dialam ini? apakah bekalan yang akan kita bawa untuk berjumpa dengan Maha Pencipta kelak... setiap amalan perbuatan akan disoal dan dihitung.. Allah melihat setiap amal perbuatan kamu.. fikir-fikirkanlah.. selamat beramal

Semalam, Hari Ini dan Esok

11:42 PM Posted by: are.chix 0 comments

erm kalu diperhatikan semalam tu memang dah berlalu.. arini ni pun tengah berlalu.. esok tak pasti lagi.. entah hidup entah tiada.. gunakanlah kesempatan hari ini dan hari esok utk membaiki kelemahan semalam.. alhamdulillah Tuhan masih sayangkan aku.. thank you Allah.. ada 3 persoalan bagi mereka yang masih hidup di alam ini.. where r u come from? why r u still alive? and where r u after this?... dari mana kita datang di situlah kita akan kembali.. apakah tujuan kita hidup dan dijadikan dialam ini? apakah bekalan yang akan kita bawa untuk berjumpa dengan Maha Pencipta kelak... setiap amalan perbuatan akan disoal dan dihitung.. Allah melihat setiap amal perbuatan kamu.. fikir-fikirkanlah.. selamat beramal

January 11, 2008

ALLAH Maha Mengetahui

11:28 PM Posted by: are.chix 0 comments

suatu hari, tatkala Sayidina Umar melihat seorang kanak-kanak pengembala kambing yang menjaga beratus-satus ekor kambing, dia ingin menguji ketaqwaan kanak-kanak itu. berkata Sayidina Umar:"jualkanlah kambing itu seekor kepadaku. wang nya kamu ambillah." kanak-kanak itu menolak permintaan Umar. Sayidina Umar berkata lagi:"apa yang hendak kamu takutkan, tuan kamu tidak akan tahu apa yang kamu lakukan." kanak-kanak itu bingkas berkata, "kalau tuanku tidak tahu, tetapi Allah tahu." terkejut Sayidina Umar akan ketakwaan kanak-kanak itu.

January 9, 2008

Selamat Tahun Baru Hijriah 1429

11:38 PM Posted by: are.chix 0 comments

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah kepada semua
moga tahun baru membawa sinar baru dalam hidup kita

January 4, 2008

Mesej Dari Seorang Usahawan..

7:18 PM Posted by: are.chix 0 comments

(1)ok,simple aje awk pergi seminar siswazah dari jabatan perdana menteri,bahagian usahawan lihat kursus www.bpp.icu.com.my dan di penang dan cari kursus di tempat awk,dan seminar usahawan kem. belia dan sukan di ikbn ipoh,institut keusahawanan ipoh,or awk cari web kem.belia dan sukan or mara dan kem.pembangunan usahawan, ada senarai pinjaman dan kursus so simple buka web diaorg,

(2)psl sy dulu mcm tu so sy hairam siswazah melayu x ada keje tp bangsa lain buat bisness dan org melayu banyak seminar boleh tp x nak so keje biasa aje dan x nk usahawan so start dari bawah,or keje cari pengalaman dulu,buat apa yg boleh ok, jgn pilih keje, dont worry dulu sy mcm awk, so buka web tu, mcm sy ckp tadi tu, org melayu boleh dan buktikan awk boleh dan cari bisness sampai awk x tahu nk pilih psl banayk sgt nnt mara,dll buka web diaorag dan 2008 nnt banayk peluang tu,

(3)think positif awk boleh tp jgn tinggal sembahyang dan amal doa2 murah rezeki cth lps sembahyang amal fatihah 20kali dll, awk beli buku amalan haraian cth doa, wirid,dan pilih doa2 pendek dan amalkan terang hati, murah rezeki, pendinding dari sihir,dll,

(4)pandai bawa diri ke arah islam dan jaga budi pekerti nnt org suka so bila org suka murah rezeki dan x perlu bodek, cucuk, ampu dll psl minta aje dari allah dari doa2 awk pilih beli or pinjam library ok, dont worry allah ade, lina clear ok,so nk mendalam amal tasauf tp kutkan dulu tauhid dan fekah dan jk tolak fekah ti ajaran sesat dan pastikan tauhid dan fekah dan baru step2 ke tasauf dan berguru ok, cth ihya ulumuddin karya ghazali terbaik dlm falsasah islam dan awk beli buku tu or pinjam libraray ok,tp ada kata hadis dhaif dari buku ni tp x salah cuma periwayatnya saje dan hadis awk rujuk dari jakim dan byk pilihan kedai buku tu, ada dlm bm dan kitab kuning dari certain part kitab ni ok.

(5)dan keje apa aje yg boleh dan jk ok sambung belajar ke master, profesional ke ape dan sy dulu mcm tu dan skrgpun bz dan nk sambung belajar lagi part time dan awk juga boleh keje dan belajar part time dam buat apa yg boleh,ok,beribu pelajar part time di ipta/ipts, so awk pun boleh cari aje yg sesuai dgn awk.

(6)Awk dalami tauhid,fekah, tasauf,al kuliyah, ceramah perdana dll, ok, jk minat bisnes awk tengok aprentis dan sy x pasti skrg tv berapa,dan masih ade lagi ke belum,lihat bisness news dll, jgn lupa dgr ceramah dan kuliah ugama di masjid dan radio Kedah 2.00tghhari-2.30tghhari dan radio Penang 2.30 tgh hari -3.00 tghhari,dan radio kedah or penang 5.30-6.00 ptg, belajar bahasa ingeris,cina, thai. rab, dll radio Kedah 9.15 mlm dan sy keje dan sambil2 tu sy dgr ceramah tu dan jgn buat maksiat judi, arak, bohsia dll nnt allah x bantu jk makan haram, pakaian dan perbuatan haram tp allah bantu jk mkn,minum,halal.

(7)ok master uum,universiti utara malaysia ada tajaan mara jk nk sambong master dlm bisnes it dll dan awl lihat web uum nnt mara da sediakan inkubator dll dan awk boleh ikuti seminar biasa pun boleh jk x master uum tu, kesimpulannya banyak peluang tp dpt atau tidak urusan allah dan jk allah beri, rezeki awk dan jk x di tempat lain,ok so usaha dan tawakal pd allah ok, itu sy boleh tolongpun dan berusaha tu dari awk sendiri, good luck, asalamaualaikomwbrkth. ok,asalamualaikomwbrkth.

January 1, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

11:17 PM Posted by: are.chix 1 comments


Send this eCard !



selamat tahun baru kepada semua yang yang mengenali diri arechix.. semoga tahun baru memberi semangat dan azam baru untuk mencapai segala impian dan cita-cita kalian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...